Tuesday, June 21, 2011

Seminar Masterclass Bersama Raman Hui

Pada 18 Jun 2011 (Sabtu), pihak syarikat telah menghantar seramai 4 orang kakitangan yang diketuai oleh Zahuri Harun (Creative Director), Engku Faizal Fitri Che Engku Ngah (Animation Director), Muhammad Hadi Mohd Ali (Head of Rigging Department) dan W. Muhammad Khaidir W. Hashim (Animator) ke 'Seminar Masterclass Bersama Raman Hui' bermula pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di Panggung Eksperimen ASWARA. 

Ianya merupakan Latihan Modal Insan bagi memfokuskan kepada Industri Animasi dan Kesan Khas anjuran Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Raman Hui merupakan satu nama besar dalam penerbitan filem-filem Animasi di arena antarabangsa di bawah terbitan Dream Works SKG seperti SHREK dan KUNGFU PANDA.






















Seminar Masterclass ini terbahagi kepada 2 sesi pembentangan iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi - Pembentangan pertama (En. Muhd Usamah Zaid Yasin : Chief Animator of Les Copaque Sdn Bhd) selama 1 jam. Pembentang kedua (En. Jordan Sulaiman : Creative Director / Visual Efects Supervisor of Studio Voxel) selama 1 jam. Kemudian diikuti dengan sesi soal jawab selama 30 minit. Manakala pada sesi petang pula bersama pembentang Raman Hui (Animation Director / Supervising Animator / Lead Character Designer of Dream Works Studio / PDI).

Objektif seminar ini dianjurkan adalah untuk berkongsi model pekerjaan dan konsep tentang syarikat animasi yang terkenal di rantau Asia terutamanya di dalam pasaran yang berpotensi dan keperluan pengisian. Selain itu, ia juga untuk berkongsi pembikinan di balik tabir bagi pengisian kreatif yang bertaraf dunia untuk persiapan ke arah melahirkan bakat yang sedia di terima industri masa kini. Seminar ini juga diadakan untuk mendapat nasihat untuk persediaan kerajaan Malaysia didalam pembangunan industri kreatif bagi menjana ekonomi berpendapatan tinggi.

Wednesday, June 1, 2011

Majlis Perpisahan Muhammad Faiq

Redang Digital Sdn. Bhd. telah mengadakan majlis perpisahan Muhammad Faiq Bin Abdul Halim iaitu pelatih praktikal daripada Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) yang telah menamatkan latihan praktikal di sini pada 1 Jun 2011. Beliau telah menjalani latihan selama lima bulan di Redang Digital.

Faiq sedang memotong kek sambil diperhatikan oleh sebahagian petugas produksi RDSB

En. Ahmad Azrin Bin Abd Rahman sedang memberikan kata-kata semangat kepada Faiq agar terus berjaya di dalam industri Kreatif.

Antara petugas produksi yang hadir ke majlis perpisahan tersebut.

Akhir kata, pihak produksi RDSB mengucapkan selamat berjaya kepada Muhammad Faiq Bin Abdul Halim dan beharap segala tunjuk ajar dan latihan selama lima bulan berada di RDSB dapat memberikan manfaat serta pengalaman baru di dalam bidang penerbitan animasi 3D.