Monday, June 28, 2010

Pesta Minda Besut 2010

Pada 24 - 26 Jun yang lalu, Redang Digital Sdn Bhd telah diberi peluang untuk turut serta memeriahkan Program Pesta Minda Besut 2010 yang diadakan di perkarangan Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong, Besut.

Kelihatan masing-masing sedang mempersiapkan booth pameran

Sambutan yang menggalakkan semasa pameran berlangsung

Pameran ini yang dianjurkan buat kali kedua oleh pihak Pusat Minda Besut diadakan bertujuan bagi menghayati kehebatan dan keindahan minda manusia. Selain pameran dari pelbagai agensi yang terlibat, ianya juga telah dimeriahkan lagi dengan sesi taklimat daripada tokoh-tokoh akedemik yang terkenal serta jualan produk-produk menarik yang berkaitan pembangunan minda.

Redang Digital Sdn Bhd telah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan produk kami iaitu TV Siri Animasi Taman Laut yang sedang ditayangkan di saluran RTM TV2 serta produk-produk lain yang bakal ditayangkan iaitu TV Siri Animasi Chiee:Pengembaraan Si Genius.


Nasa dan Pok Ya sedang menunjukkan demonstrasi lukisan dan merekabentuk model 3D


Nasa sedang memberi tunjuk berkenaan 'digital drawing & painting' kepada pengunjung

Fahmi dan Hadi sedang mempromosikan siri TV Animasi Taman Laut manakala
Hazrin sedang melakukan demonstrasi lukisan pada hari ke-3

Antara mereka yang terlibat bagi menjayakan program ini


Sempat berposing sebelum bekemas untuk pulang

Sunday, June 20, 2010

Majlis Perpisahan Ahmad Zaki / Zack

Pada hari ini (20 Jun 2010), pihak pengurusan Redang Digital Sdn. Bhd telah mengadakan majlis perpisahan untuk Ahmad Zaki yang akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Animasi di sini.

Ahmad Zaki atau lebih dikenali sebagai Zack merupakan antara staff yang telah lama berkhidmat di Redang Digital. Beliau yang sebelum ini sedang membangunkan produk animasinya sendiri akan meneruskan usahanya untuk memartabatkan industri animasi dengan perniagaannya sendiri.


Zack yang sedang tekun menyelesaikan tugasan harian

Sempat bergambar bersama rakan sekerja

Zack yang sebak ketika menyampaikan ucapan di majlis perpisahan


Sepanjang berkhidmat di sini, beliau telah banyak membantu dalam menguruskan hal ehwal produksi Redang Digital Sdn. Bhd dan seterusnya dalam peningkatan pembangunan animasi. Beliau juga merupakan antara orang yang terlibat dalam menghasilkan konsep animasi Pengembaraan Si Luncai sebelum ini.

Bagi pihak syarikat, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Zack dan jutaan terima kasih atas segala jasa yang disumbangkan.

Friday, June 18, 2010

Kibaran Poster Taman Laut

Pada Khamis (17 Jun 2010) yang lalu, satu poster gergasi Taman Laut telah selamat dikibarkan di luar pejabat Redang Digital Sdn. Bhd. bagi tujuan mempromosikan Siri Animasi Taman laut kepada orang ramai khususnya penduduk setempat di Bandar Kuala Terengganu.

Ianya juga bagi menyemarakkan lagi sambutan orang ramai terhadap tayangan Siri TV Animasi Taman Laut yang sedang ditayangkan di saluran RTM TV2 setiap hari jumaat jam 9.00 pagi.

Dari maklumbalas yang diperolehi, poster gergasi ini yang terletak di persimpangan yang sentiasa sibuk dan strategik telah menarik minat orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak.

Jadi apa tunggu lagi, jom mari kita sama-sama saksikan hasil karya animasi 3d tempatan.

Kelihatan beberapa kakitangan Redang Digital yang begitu teruja sebaik selesai pemasangan poster gergasi Taman Laut

Sunday, June 13, 2010

Wednesday, June 2, 2010

Aksi Peminat Cilik Taman Laut

Tayangan siri animasi Taman Laut yang telah ditayangkan di RTM TV2 pada setiap Jumaat jam 9 pagi telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya daripada kalangan kanak-kanak dan ibu bapa.

Gambar dibawah adalah kiriman email daripada salah seorang penonton yang begitu gembira melihat gelagat anaknya yang cukup teruja dengan watak-watak animasi Taman Laut.


Pada permulaan cerita, dia yang duk paling depan


Mula seronok dengan aksi watak-watak Taman Laut


Kelihatan adik cilik kita ni seperti ingin turut serta dalam cerita Taman Laut ni..


Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh para penonton siri animasi kami ini.

Semoga Taman Laut akan menarik minat lebih ramai lagi kanak-kanak lain selepas ini.