Sunday, March 21, 2010

Kursus Asas Animasi 3D di UiTM Dungun

Alhamdulillah, Kursus Asas Animasi 3D telah selamat dijalankan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu yang berlangsung selama dua hari pada 19 hingga 20 Mac 2010. Seramai 19 orang peserta menghadiri kursus tersebut. Mereka yang hadir di dalam kursus ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil bidang Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran Perniagaan.

Che Ku Afandi menerangkan teknik membuat animasi 3D kepada para peserta

Para peserta dibantu bagi memastikan semua peserta dapat menguasai teknik dan kemahiran

Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman di Redang Digital Sdn Bhd iaitu Che Ku Afandi Che Ku Ahmad dan dibantu oleh dua orang pembantu.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.