Thursday, July 23, 2009

Majlis perpisahan Gha

Pada hari ini (23 Julai 2009), pihak pengurusan Redang Digital Sdn. Bhd telah mengadakan majlis perpisahan untuk Nazihah yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Eksekutif Multimedia di sini.

Beliau telah berkhidmat di Redang Digital lebih kurang 2 tahun. Sepanjang beliau berada disini, beliau telah banyak membantu dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran syarikat.



Gha memotong kek dengan perasaan sebak dan terharu


Selamat maju jaya kepada gha dan jutaan terima kasih atas segala jasa yang disumbangkan

Thursday, July 9, 2009

Bengkel Modelling Clay

Baru-baru ini geng animator Redang telah melaksanakan satu bengkel membuat model animasi menggunakan modelling clay atau plastecine.

Dengan berpandukan kepada gambar yang dicetak, staff yang terlibat berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan karekter masing-masing.

Dengan menggunakan struktur rangka berasaskan dawai besi, model yang dihasilkan sungguh menarik.



Budak-budak ni tengah buat rangka karekter dengan menggunakan dawai besi


Che Ku Afandi selaku trainer memberi tunjuk ajar dalam proses menghasilkan model